Site Network: Laman Utama | Web KSKB | Informasi | Sumbangan

UJIAN VIRUS



Sesiapa yang nak cuba untuk menguji Antivirus anda..

Sila COPY dan PASTE kan CODE ini kepada NOTEPAD atau WORDPAD anda dan SAVE menggunakan nama yang anda suka.Kemudian lakukan ujian kepada fail ini menggunakan ANTIVIRUS anda.

Code:
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*


Ujian ini telah diluluskan oleh Kesatuan Eicar yang melakukan kajian mendalam tentang ancaman virus.

TAHNIAH kepada anda yang berjaya,dan kepada yang tidak bernasib baik sila gunakan ANTIVIRUS lain kerana kegagalan ANTIVIRUS anda mengesan virus ini menandakan kelemahan yang amat ketara pada VIRUS SCANING ENGINE anda.

AMARAN: Sila pastikan anda mempunyai Antivirus yg mempunyai updates yang terkini. Ujian ini pada dasarnya tidak akan merosakkan sistem PC anda atau DATA anda. Walau bagaimana pun saya tidak BERTANGGUNGJAWAB sekiranya anda mengalami KESULITAN & KEROSAKAN selepas dari melakukan ujian ini.

SECOND SIGHT





crack : here

Program Diploma Kesihatan Persekitaran, berdasarkan fakta sejarah Program Diploma Kesihatan Persekitaran,berdasarkan fakta sejarah yang dahulunya dikenali sebagai kursus Inspektor Kesihatan telah dijalankan di Royal Sanitary Institute,di Singapura dari tahun 1921 hingga 1958 di mana profesen tersebut dikenali sebagai "Sanitary Inspector".Program latihan basik Inspektor kesihatan di Malaysia bermula pada tahun 1958 bertempat di Sekolah Latihan Jalan Tanglin sehinggalah ianya berpindah ke Maktab Kesihatan Umum di jalan Bangsar pada tahun 1965 yang kini dikenali sebagai Institut Kesihatan Umum sehinggalah akhir tahun 2004.Pada Januari 2005,bermula era baru di mana latihan asas tiga (3) tahun Kursus Diploma Kesihatan Persekitaran telah beroperasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,Sg Boluh iaitu dua tahun pertama di kolej dan tahun akhir di Pusat Latihan Klinikal.

Dari tahun 1958 hingga 1975 nama jawatan Inspektor Kesihatan di peringkat awal diberi nama “Merinyu Kesihatan Umum “ dan pada tahun 1976 hingga 2001 dikenali sebagai Inspektor Kesihatan.Akhirnya pada tahun 2002 sehingga sekarang jawatan ini dinyatakan sebagai “Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran “.

Menyingkap kembali sejarah kukikulum kursus Diploma Kesihatan Persekitaran (DKP),beberapa pindaan kukikulum telah dilakukan bermula dari sistem penggal sehinggalah ke sistem kredit iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif atau PNGK yang diamalkan sekarang bermula dengan ambilan DKP Bil.5/2001.Tujuan asal penggunaan sistem kredit ini ialah untuk memberi ruang kepada para graduan untik melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.Graduan lepasan KSKB Sg Buloh berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Universiti kebangsaan Malaysia.

Dengan adanya pembelajaran berterusan daripada peringkat diploma ke peringkat ijazah sarjana muda,ini akan memberi ruang peningkatan perkembangan kerjaya mereka dan seterusnya berkeupayaan merintangi cabaran-cabaran baru yang bakal dihadapi apabila berkhidmat nanti.Sehubungan itu adalah diharapkan perkembangan ini akan memberi galakan kepada para graduan bagi menerapkan konsep perkhidmatan cemerlang sejajar dengan kehendak kementerian.Bagi kursus latihan basik Pembantu Kesihatan Awam (PKA), pelatih-pelatih adalah terdiri dari anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan (in-service).Pengambilan pertama pada April 2005 menggunakan kurikulum lama iaitu pembelajaran teori selama 6 bulan di kolej dan 6 bulan lagi di penempatan latihan klinikal Pejabat Kesihatan Daerah.Setelah menjali kursus selama setahun, graduan akan dianugerahkan Sijil Pembantu kesihatan Awam.

SUKANEKA